KEMPEN IKLAN ZAHIN TRAVEL

Jana Pendapatan Tanpa Pemasaran

Borang Pendaftaran

EKOSISTEM PEMASARAN ZAHIN TRAVEL

Pengurusan Iklan Berimpak Tinggi

Kempen Iklan Zahin Travel (KIZT) merupakan aktiviti pemasaran digital yang telah dibangunkan semenjak tahun 2016 lagi. Kempen tersebut saling bergantung di antara satu sama lain dan telah menjadi ekosistem lengkap yang terdiri daripada laman web, TikTok, Facebook, Instagram dan Telegram.


REKOD JUALAN peserta

Yang Menyertai Kempen Iklan Zahin Travel

Rekod jualan ejen Zahin Travel

manfaat utama

Pengurusan Leads Berkualiti Tinggi

01 Cekap

Mengasah kemahiran komunikasi jualan dalam bisnes pelancongan.

02 Kenal Pasti

Mampu membezakan apa yang berkesan dan tidak berkesan dalam menghasilkan jualan.

03 Pola

Dapat mengenalpasti corak permintaan dan arah tuju pasaran pelancongan.

04 Rangkaian

Membina hubungan lebih kukuh dengan prospek dan pelanggan yang berpotensi menghasilkan jualan berulang.

05 Teliti

Berupaya mengenali keperluan dan maklum balas pelanggan yang boleh disesuaikan dengan strategi jualan lebih efektif.

06 Ilmu

Menguasai pengetahuan produk pelancongan dengan lebih cekap dan pantas.

kelebihan PENYERTAAN

Lebih Mudah & Sistematik

01 Pantas

Tidak perlu membina ekosistem pemasaran yang mengambil masa terlalu lama untuk dibangunkan seperti pembinaan laman web, penghasilkan kandungan kreatif di media sosial dan optimasi enjin carian.

02 Berbaloi

Tidak perlu belanja kos terlalu besar untuk mendapatkan hasil iklan berimpak tinggi yang memerlukan kefahaman dan kepakaran teknikal serta pengalaman bertahun-tahun.

03 Fokus

Pengurusan percutian pelanggan diuruskan sepenuhnya oleh Zahin Travel termasuk pemberian sebut harga, invois, resit bayaran dan penyediaan grup WhatsApp. Zahin Travel juga akan menyelesaikan sebarang aduan atau rungutan pelanggan semasa percutian berlangsung.

04 Murah

Tak perlu habis beribu ringgit untuk membina laman web, pembelian domain, kos langganan bulanan perisian grafik/video, upah vendor, gaji pekerja dan sebagainya.

05 Taja

Kos iklan ditanggung oleh Zahin Travel sepenuhnya termasuk penghasilan bahan kreatif dan penyelidikan serta pembangunan R&D pengiklanan digital.

06 Jimat

Sangat sesuai untuk ejen Zahin Travel yang ingin fokus menghasilkan pendapatan tanpa perlu membuang masa terlalu lama dengan aktiviti pemasaran yang belum tentu menjadi.

SYARAT PENYERTAAN

Terma Program

01 Ejen

Ejen sah Zahin Travel dan bukan ejen kepada mana-mana agensi pelancongan lain.


Sekiranya belum menjadi ejen Zahin Travel, sila daftar di Borang Penyertaan Ejen Pelancongan.

02 Komunikasi

Berurusan dengan prospek atau pelanggan melalui WhatsApp Business dan bukan WhatsApp Personal.

03 Pengurusan

Memasang aplikasi Privyr di telefon untuk menerima leads (prospek percutian) yang dijana oleh Kempen Iklan Zahin Travel.


Kadar langganan terkini Privyr ialah USD22 sebulan atau USD10 sebulan untuk setahun.

04 Privasi

Menjaga maklumat peribadi leads/prospek/pelanggan daripada pengetahuan pihak ketiga yang tiada kaitan dengan urusan pelancongan Zahin Travel Sdn. Bhd. berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi.

05 Pengenalan

Memperkenalkan diri kepada leads/prospek sebagai perunding percutian Zahin Travel.

06 Tatacara

Menggunakan skrip perbualan yang disediakan di dalam aplikasi Privyr atau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Zahin Travel HQ.

TEMPOH PERCUBAAN

Garis Panduan 30 Hari

01 Penilaian

Peserta diberi 30 hari untuk menguji prestasi Kempen Iklan Zahin Travel dan meneliti kesesuaian diri untuk terus berada dalam program.

02 Penamatan

Selepas 30 hari, peserta bebas menarik diri daripada program dengan tidak menyambung langganan Privyr pada bulan berikutnya.

03 Sambungan

Jika berminat melanjutkan tempoh penyertaan, peserta wajib menggunakan kad SIM yang disyorkan oleh Zahin Travel untuk berkomunikasi dengan leads/prospek/pelanggan.


Nota:

Rujuk bab Program Pengiklanan di dalam eBook Panduan Ejen Pelancongan Versi 9.

PERATURAN DATA PERIBADI

Perlindungan Maklumat Sulit

01 Privasi

Menjaga kerahsian butiran prospek/pelanggan dengan ketat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi yang telah ditandatangani di antara pihak Zahin Travel Sdn. Bhd. dan Kerajaan Malaysia.

02 Kerahsiaan

Tidak menyebarkan butiran prospek/pelanggan kepada mana-mana pihak ketiga yang tiada kaitan tanpa kebenaran sah Zahin Travel Sdn. Bhd.

03 Setia

Tidak mencadangkan atau menjual pakej percutian dari mana-mana entiti, orang perseorangan dan agensi pelancongan lain kepada prospek/pelanggan yang diperoleh daripada aktiviti pengiklanan Zahin Travel.

04 Keutamaan

Tidak mempromosikan atau menjual produk selain daripada pakej percutian Zahin Travel kepada prospek/pelanggan.

05 Transaksi

Tidak memberikan maklumat perbankan selain daripada akaun bank rasmi Zahin Travel Sdn. Bhd. iaitu Maybank 562197088887.

06 Integriti

Tidak melakukan sebarang aktiviti curang, pecah amanah atau mengaibkan yang boleh menjejaskan kepercayaan prospek/pelanggan dan Zahin Travel Sdn. Bhd. terhadap ejen.

PEMATUHAN PENYERTAAN

Tatacara Peraturan dan Penalti

01 Penamatan

Pelanggaran peraturan akan menyebabkan ejen dikeluarkan dari program Kempen Iklan Zahin Travel dan dibatalkan penyertaan sebagai ejen pelancongan serta-merta. Jumlah komisen yang masih belum dibayar oleh Zahin Travel kepada ejen terbabit akan dilucut hak. 

02 Pendapatan

Bayaran komisen berdasarkan peraturan jadual serta terma dan syarat yang dinyatakan di dalam eBook Panduan Ejen Pelancongan Versi 9.

03 Pelunasan

Untuk deposit pakej percutian tertentu yang tidak mengandungi komisen atau ketika musim promosi deposit rendah, komisen akan dibayar kepada ejen apabila pelanggan telah membuat baki bayaran seterusnya.

04 Pertukaran

Leads yang dibiarkan melebihi 8 jam akan dipindahkan kepada ejen lain. Ejen yang mengabaikan leads berturut-turut akan dihentikan pemberian leads sementara waktu hingga kembali bersedia terima leads baru.

05 Pengaktifan

Pemberian leads akan dihentikan sekiranya ejen tidak membuat tambah nilai kad SIM Zahin Travel pada setiap 30 hari. Sekiranya kad SIM dinyah aktifkan disebabkan tiada tambah nilai berturut-turut, ejen perlu membeli kad SIM Zahin Travel yang baru.

06 Polisi

Tiada sebarang pemulangan bayaran jika ejen menarik diri dari program Kempen Iklan Zahin Travel atas apa jua sebab termasuk sekiranya ditamatkan penyertaan oleh Zahin Travel.

SIFAT PERNIAGAAN PELANCONGAN

Pengurusan Jangkaan Potensi Pendapatan Secara Realistik

  1. Bisnes pelancongan tidak sama seperti menjual makanan, pakaian dan sebagainya. Permintaan pasaran pelancongan bersifat kehendak dan bukan keperluan. Manusia mampu teruskan kehidupan tanpa industri pelancongan. Namun, manusia akan kebuluran jika tiada perniagaan makanan. Manusia juga akan hilang harga diri atau kesejukan tanpa bisnes pakaian. Begitulah analogi mudah yang menggambarkan realiti ekonomi jenis kehendak dan keperluan.

  2. Justeru, kebanyakan prospek tidak akan terus membeli pakej percutian ketika berhubung dengan mana-mana ejen buat kali pertama. Biasanya mereka perlukan masa untuk membeli produk pelancongan. Ada yang berminggu, berbulan dan ada yang bertahun lamanya. Namun, sebaik sahaja pelanggan mula membeli dan gembira dengan pengalaman yang dilalui semasa percutian, mereka akan menjadi pelanggan setia dan membeli berkali-kali di masa hadapan dengan ejen yang sama (pendapatan berulang).

  3. Kata kunci yang perlu diamalkan ialah 2k iaitu komunikasi dan kumpul. Ejen pelancongan yang menyertai program Kempen Iklan Zahin Travel perlu berkomunikasi dengan yakin, responsif dan berbudi bahasa terhadap prospek/pelanggan mereka.

    Ejen adalah perantara di antara prospek/pelanggan mereka dan Zahin Travel. Jika ada konflik kepentingan, ejen perlu berpegang dengan prinsip menang-menang iaitu Zahin Travel tidak rugi dan pelanggan dapat menikmati percutian mereka berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Kedua-dua pihak perlu saling dilindungi berasaskan timbang tara dan budi bicara.

    Kata kunci kedua ialah kumpul. Setiap
    leads yang diagihkan kepada ejen-ejen ialah data berharga walaupun mereka tidak membeli dengan serta-merta. Kumpul leads seramai mungkin. Jangan bertukar-tukar nombor telefon untuk menghubungi prospek atau pelanggan sama ada melalui WhatsApp atau panggilan. Nombor telefon yang kekal konsisten adalah jenama perniagaan yang sangat mustahak dan bernilai tinggi. Aplikasi Privyr dapat membantu ejen-ejen untuk berkomunikasi dengan berkesan dan mengumpul leads lebih cekap.

  4. Kebiasaannya, purata seorang daripada 100 orang pelanggan akan bersikap diva, banyak karenah atau cuba mengambil kesempatan dan mungkin terlalu cerewet. Tiada toleransi untuk prospek/pelanggan yang terlalu biadap. Namun ejen perlu kekal tenang pada setiap waktu dan tidak bertindak balas dengan sebarang bentuk provokasi. Maklumkan segera kepada Zahin Travel untuk mencari penyelesaian menang-menang.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Jawapan Kepada Pertanyaan

  • Adakah ejen perlu membayar untuk menyertai Kempen Iklan Zahin Travel?

    Penyertaan adalah PERCUMA. Kos iklan akan dibiayai oleh Zahin Travel sepenuhnya.


    Namun demikian, ejen perlu melanggan aplikasi Privyr untuk menerima agihan leads dari Zahin Travel. 


    Kadar langganan bulanan Privyr ialah USD22 atau USD10 sebulan untuk satu tahun.

  • Apakah perbezaan utama di antara pengiklanan sendiri dan pengiklanan melalui ekosistem pemasaran Zahin Travel?

    Pengiklanan Sendiri


    • Ejen membina kempen pemasaran sendiri sama ada secara digital atau konvensional berdasarkan ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal dan tahap pengalaman.
    • Ejen perlu menghabiskan masa dan aktif di media sosial dengan sentiasa mencipta kandungan kreatif yang boleh menarik minat prospek. 
    • Ejen membina laman web yang memerlukan ratusan jam untuk disiapkan dengan kos minimum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun untuk sewaan hosting, domain dan perisian reka bentuk grafik.
    • Membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 sehari untuk kempen pengiklanan berbayar di media sosial atau enjin carian.
    • Sesuai untuk ejen pelancongan yang memiliki minat mendalam terhadap aktiviti pemasaran dan banyak masa terluang untuk mencuba serta bereksperimentasi.

    Pengiklanan Melalui Ekosistem Pemasaran Zahin Travel


    • Tidak perlu menghabiskan masa membina laman web atau aktif di media sosial.
    • Fokus dalam aspek jualan sahaja tanpa perlu terkejar-kejar dengan teknologi pemasaran yang sentiasa berubah-ubah. 
    • Terus membina rangkaian dan hubungan perniagaan dengan pelanggan. 
    • Mencipta aliran tunai dengan segera pada kos yang sangat rendah.
    • Lebih pantas menguasai pengetahuan produk pelancongan dan kemahiran komunikasi jualan.
    • Sesuai untuk ejen pelancongan yang memiliki kekangan masa dan ingin terus fokus menjana pendapatan dalam industri pelancongan.
  • Apakah tujuan utama program Kempen Iklan Zahin Travel?

    Membiasakan ejen-ejen baru dengan lebih pantas dan semakin cekap terhadap proses jualan pelancongan dari awal sehingga tamat percutian.


    Ejen-ejen yang berpengalaman pula berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan dan membina hubungan perniagaan dengan pelanggan tanpa membelanjakan kos pemasaran yang terlalu tinggi.

  • Apakah kelayakan penyertaan dan pengalaman minimum?

    • Ejen sah Zahin Travel yang mampu membaca dan menulis dengan baik di dalam bahasa Melayu. Sekiranya belum berdaftar sebagai ejen, sila lengkapkan borang penyertaan.
    • Memiliki minat yang mendalam untuk menjana pendapatan di dalam industri pelancongan walaupun tidak berpengalaman dalam apa-apa aktiviti jualan.
    • Mampu bersabar dan tenang dalam apa jua situasi.
    • Yakin, responsif dan berbudi bahasa pada setiap ketika.
  • Bolehkah saya menyertai walaupun langsung tiada pengalaman?

    Boleh. Asalkan berpegang kepada prinsip-prinsip berikut: 

    • Diyakini, responsif dan budi bahasa.
    • Menang-menang (win-win solution).
  • Adakah ejen boleh berhenti terima leads buat sementara waktu?

    Boleh.

    • Maklumkan kepada pihak Zahin Travel sekiranya ejen terlalu sibuk atau cuti sakit dan ingin menangguhkan penerimaan leads/prospek buat sementara waktu.
    • Ejen boleh tangguhkan bayaran bulanan Privyr. Bayar semula kepada Privyr untuk pengaktifan semula apabila sudah bersedia terima leads.
    • Namun demikian, ejen perlu pastikan kad SIM Zahin Travel sentiasa aktif dengan membuat tambah nilai pada setiap bulan.
  • Adakah ejen boleh menarik diri?

    • Ejen bebas untuk menarik diri dari program Kempen Iklan Zahin Travel pada bila-bila masa dengan tidak menyambung langganan Privyr.
    • Sebarang komisen sekiranya ada akan dibayar kepada ejen mengikut peraturan jadual yang telah ditetapkan.
  • Adakah program Kempen Iklan Zahin Travel adalah peluang pekerjaan?

    Program Kempen Iklan Zahin Travel bukan tawaran pekerjaan tetapi peluang untuk menjadi usahawan pelancongan yang cekap dengan lebih pantas.

  • Adakah saya boleh menggantikan diri dengan orang lain?

    Tidak dibenarkan.

  • Siapakah yang tidak sesuai menyertai Kempen Iklan Zahin Travel?

    • Terlalu sibuk dengan kerjaya hakiki serta aktiviti harian secara berturut-turut dan tidak sempat untuk menguruskan leads/prospek sehingga melebihi 8 jam.
    • Mudah marah, terlalu panik, tidak sabar dan suka merungut.
  • Bilakah tarikh pembayaran komisen?

    Seperti yang telah ditetapkan pada bab Komisen di dalam eBook Panduan Ejen Pelancongan Versi 9.

borang pendaftaran

Sila Tekan Butang Di Bawah

Diyakini . Responsif . Budi Bahasa

Diyakini . Responsif . Budi Bahasa

Diyakini . Responsif . Budi Bahasa

60173165822 (9am- 5pm)

No. 1E, Tingkat 2, Jalan Mahsuri
45300, Sungai Besar, Selangor

Emel:

admin@zahintravel.com

Laman Sosial:


ZAHIN TRAVEL

No. SSM: 1276808-W

Lesen Pelancongan: KPK/LN 9159

No. Keahlian MATTA: MA6018